Sunday, January 15, 2017

"AMALAN GOTONG ROYONG DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRA DI KALANGAN KAUM



JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK
DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
SESI DIS 2016
E-FOLIO- AMALAN GOTONG ROYONG DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DI KALANGAN KAUM
PUAN NURUL FUADDI

NAMA AHLI KUMPULAN:

NUR NABIHAH BINTI JALIL
(O2DEE14F2011)
NUR HASYIKIEN BINTI MUSTAFA
(O2DEE14F2045)
NURUL SYAHIRA BINTI HALIDI
(O2DEE14F2031)
NURUL SYAFIQAH BINTI MOHD KHAMIS
(O2DEE14F1089)


PENDAHULUAN

Assalamualaikum..
Syukur Kehadrat Ilahi dengan kurniaanNya dapat kami sekumpulan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Puan Nurul Fuaddi yang mengajar kami dalam subjek Komunikasi dan Penyiaran Islam.  Tugasan yang bertajuk amalan gotong-royong dapat mewujudkan-mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kaum ini lah yang kami akan bincangkan.

Pada masa kini, isu-isu yang berkaitan dengar aktiviti gotong-royong kerap juga diperkatakan. Aktiviti gotong-royong mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum. Bak kata perpatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dengan tebing” itulah kata-kata yang boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum di Malaysia. Gotong-royong adalah sikap atau kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat secara bekerjasam dan saling tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan dengan secara sukarela.


OBJEKTIF


1.            Memberi kesedaran tentang kepentingan gotong-royong di antara kaum
2.             Mengenalpasti masalah aktiviti gotong-royong semakin pudar pada masa kini
3.            Menerapkan semangat gotong-royong di antara kaum untuk mengeratkan
            Silaturahim.







                                                          ISI PENTING

Banyak langkah yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kaum, antaranya ialah amalan gotong-royong. Itu kerana dengan bergotong-royong disekitar kawasan taman, menyediakan hidangan unruk kenduri-kendara dan sebagainya dapat bekerjasama dengan penduduk yang lain. Apabila berkumpul dan berbincang mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. 


                                                 DEFINISI GOTONG-ROYONG
Maksud gotong-royong ialah sesuatu sikap ataupun kegiatan yang dilakukan oleh anggota masyarakat secara kerjasama dan tolong-menolong dalam menyelesaikan pekerjaan mahupun masalah dengan sukarela. Selain itu maksud bagi gotong-royong ialah sikap gotong-royong ini sangat penting sekali untuk melancarkan pembangunan yang berguna bagi kesejahteraan masyarakat. Amalan ini telah dipraktikkan dan diwarisi sejak zaman berzaman. Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama.
Dengan aktiviti gotong-royong ini juga dapat mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kaum.
Manakala, perpaduan bermaksud satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh





                                               KEBAIKAN GOTONG-ROYONG
Amalan ini memberi satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu dilaksanakan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama dikawasan urbanisasi.  Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin sacara langsung atau secara tidak langsung.
Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar ‘indah khabar dari rupa’. Ia akan dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti Aedes.









                                                     DEFINISI SILATURRAHIM

Silaturrahim membawa maksud  secara bahasa adalah menjalin hubungan kasih sayang dengan saudara dan kerabat yang masih ada hubungan darah. Silaturrahim tidak hanya bagi saudara sedarah tetapi juga suadara seiman. Allah SWT memerintahkan agar kita menyambung hubungan baik dengan orang tua, saudara, kaum kerabat dan orang-orang mukmin yang lain.
Sepertimana :

يَاأيّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَ بَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرًا وَ نِسَآءً وَاتَّقُوْا اللهَ الًّذِيْ تَسَآءَلُوْنَ بِهِ وَ الأرْحَامَ إنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْـبًا (النساء : 1) 

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu (an-Nisa`:1) 
Dan ingatlah bahawa memutuskan tali silaturrahim sangat tidak disukai Allah SWT:
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعُ رَحْمٍ (متفق عليه) 
Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan persaudaraan (Muttafaq 'Alaih) 
Namun dalam hubungan silaturrahim yang diutamakan adalah saudara yang masih ada hubungan persaudaraan baru kemudian orang-orang beriman yang tidak ada hubungan darah dengan kita. Kerana merekalah yang lebih dekat hubungannya dengan kita. 








                AMALAN – AMALAN BAGI MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM.
Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka di hargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua generasi muda wajar menerapkan amalan mulia inin dalam aktiviti-aktiviti sekolah Seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, Gotong-Royong dan Hari Anugerah Cemerlang.














                                                             KESIMPULAN
Kesimpulannya,aktiviti bergotong-royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum.Lebih-lebih lagi Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi.Dengan terjalinnya hubungan silaturahim yang kukuh ini,negara kita lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi lebih kukuh.Selain itu, kite perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.Dalam era globalisasi ini ,sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung  dalam pepatah melayu “Bagai enau dalam belukar melepas kan pucuk masing-masing”.Jika hal ini diabaikan semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara .Ada pepatah mengatakan bahawa “Bersatu kita teguh,Bercerai kita roboh”.Silaturahim ini juga dapat mengeratkan hubungan antara kekeluargaan ,sanak saudara dan kenalan rapat.Bahkan juga sahaja kekeluargaan malah hubungan bukan kekeluargaan (sedarah) juga dinama kan silaturahim.






















RUJUKAN