JABATAN KEJURUTERAAN
ELEKTRIK
DIPLOMA KEJURUTERAAN
ELEKTRIK & ELEKTRONIK
DUA6022 KOMUNIKASI DAN
PENYIARAN DALAM ISLAM
SESI DIS 2016
E-FOLIO- AMALAN GOTONG
ROYONG DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DI KALANGAN KAUM
PUAN NURUL FUADDI
NAMA AHLI KUMPULAN:
NUR NABIHAH BINTI JALIL
(O2DEE14F2011)
NUR HASYIKIEN BINTI
MUSTAFA
(O2DEE14F2045)
NURUL SYAHIRA BINTI
HALIDI
(O2DEE14F2031)
NURUL SYAFIQAH BINTI
MOHD KHAMIS
(O2DEE14F1089)
PENDAHULUAN
Assalamualaikum..
Syukur
Kehadrat Ilahi dengan kurniaanNya dapat kami sekumpulan menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh Puan Nurul Fuaddi yang mengajar kami dalam subjek Komunikasi dan
Penyiaran Islam. Tugasan yang bertajuk amalan gotong-royong dapat mewujudkan-mengeratkan
hubungan silaturrahim di kalangan kaum ini lah yang kami akan bincangkan.
Pada masa kini, isu-isu yang berkaitan dengar aktiviti
gotong-royong kerap juga diperkatakan. Aktiviti gotong-royong mendatangkan
banyak kebaikan kepada masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong
mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum. Bak kata
perpatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dengan
tebing” itulah kata-kata yang boleh mengeratkan hubungan silaturrahim
dikalangan kaum di Malaysia. Gotong-royong adalah sikap atau kegiatan yang
dilakukan oleh masyarakat secara bekerjasam dan saling tolong menolong dalam
menyelesaikan pekerjaan dengan secara sukarela.
OBJEKTIF
1.
Memberi kesedaran
tentang kepentingan gotong-royong di antara kaum
2.
Mengenalpasti
masalah aktiviti gotong-royong semakin pudar pada masa kini
3.
Menerapkan semangat
gotong-royong di antara kaum untuk mengeratkan
Silaturahim.
ISI PENTING
Banyak langkah
yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kaum, antaranya ialah
amalan gotong-royong. Itu kerana dengan bergotong-royong disekitar kawasan
taman, menyediakan hidangan unruk kenduri-kendara dan sebagainya dapat
bekerjasama dengan penduduk yang lain. Apabila berkumpul dan berbincang mereka
akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain sekali gus membolehkan
seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat.
DEFINISI GOTONG-ROYONG
Maksud
gotong-royong ialah sesuatu sikap ataupun kegiatan yang dilakukan oleh anggota
masyarakat secara kerjasama dan tolong-menolong dalam menyelesaikan pekerjaan
mahupun masalah dengan sukarela. Selain itu maksud bagi gotong-royong ialah
sikap gotong-royong ini sangat penting sekali untuk melancarkan pembangunan
yang berguna bagi kesejahteraan masyarakat. Amalan ini telah dipraktikkan dan
diwarisi sejak zaman berzaman. Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong
atau kerja bersama-sama.
Dengan
aktiviti gotong-royong ini juga dapat mewujudkan dan mengeratkan hubungan
silaturrahim di kalangan kaum.
Manakala, perpaduan bermaksud satu keadaan dimana rakyat dari
pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu
bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh
KEBAIKAN GOTONG-ROYONG
Amalan ini memberi satu semangat
kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu dilaksanakan
dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh
masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah,
amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara
masyarakat terutama dikawasan urbanisasi. Contohnya, dengan
mengadakan gotong-royong bagi menjayakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan,
perpaduan masyarakat akan terjalin sacara langsung atau secara tidak langsung.
Dengan
amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar
‘indah khabar dari rupa’. Ia akan dapat membersihkan kawasan kediaman daripada
menjadi sarang pelbagai penyakit seperti Aedes.
DEFINISI SILATURRAHIM
Silaturrahim
membawa maksud secara bahasa adalah
menjalin hubungan kasih sayang dengan saudara dan kerabat yang masih ada
hubungan darah. Silaturrahim tidak hanya bagi saudara sedarah tetapi juga suadara
seiman. Allah SWT memerintahkan agar kita menyambung hubungan baik dengan orang
tua, saudara, kaum kerabat dan orang-orang mukmin yang lain.
Sepertimana :
يَاأيّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا
رَبَّكُمُ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَ
بَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرًا وَ نِسَآءً وَاتَّقُوْا اللهَ الًّذِيْ تَسَآءَلُوْنَ
بِهِ وَ الأرْحَامَ إنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْـبًا (النساء : 1)
Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu (an-Nisa`:1)
Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu (an-Nisa`:1)
Dan ingatlah bahawa memutuskan tali silaturrahim sangat tidak
disukai Allah SWT:
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ
قَاطِعُ رَحْمٍ (متفق عليه)
Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan persaudaraan (Muttafaq 'Alaih)
Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan persaudaraan (Muttafaq 'Alaih)
Namun dalam hubungan
silaturrahim yang diutamakan adalah saudara yang masih ada hubungan
persaudaraan baru kemudian orang-orang beriman yang tidak ada hubungan darah
dengan kita. Kerana merekalah yang lebih dekat hubungannya dengan kita.
AMALAN – AMALAN BAGI MENGERATKAN HUBUNGAN
SILATURAHIM.
Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar
dari rumah mereka agar keberadaan mereka di hargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat
keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi
kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua generasi muda wajar menerapkan
amalan mulia inin dalam aktiviti-aktiviti sekolah Seperti Hari Guru, Sukan
Tahunan Sekolah, Gotong-Royong dan Hari Anugerah Cemerlang.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,aktiviti
bergotong-royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan
silaturahim antara kaum.Lebih-lebih lagi Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis
kaum dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi.Dengan
terjalinnya hubungan silaturahim yang kukuh ini,negara kita lebih aman, lebih
mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi lebih
kukuh.Selain itu, kite perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk
setempat.Dalam era globalisasi ini ,sikap mementingkan diri sendiri dan sikap
tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah melayu “Bagai enau dalam
belukar melepas kan pucuk masing-masing”.Jika hal ini diabaikan semangat
kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara .Ada
pepatah mengatakan bahawa “Bersatu kita teguh,Bercerai kita roboh”.Silaturahim
ini juga dapat mengeratkan hubungan antara kekeluargaan ,sanak saudara dan
kenalan rapat.Bahkan juga sahaja kekeluargaan malah hubungan bukan kekeluargaan
(sedarah) juga dinama kan silaturahim.
RUJUKAN