Wednesday, October 14, 2015

"MAKANAN YANG HALAL LAGI BAIK"




Assalamualaikum w.b.t  kami ingin berkongsi assignment kami tentang "makanan yang halal lagi baik". impaknya dari segi kehidupan manusia dan dari segi perspektif sains.


       PENGENALAN

Halal berasal dari perkataan arab yang membawa makna ‘dibenarkan’ atau ‘dibolehkan’ oleh hukum Syarak. Di Malaysia isu makanan halal dan haram menjadi agenda yang begitu hangat diperkatakan. Isu ini bukan hanya memberi kesan kepada masyarakat beragama islam sahaja, malahan turut mendapat perhatian daripada penganut-penganut agama lain kerana pengusaha makanan di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Sebagainumat islam adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk memastikan makanan yang dimakan adalah halal, iaitu bebas daripada sumber najis dan haram bermula dari proses penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan, masakan, pengilangan, pembukusan dan pengangkutan. Masyarakat islam dinegara ini kadang kala di gemparkan dengan dakwaan sesuatu produk itu diragui status halalnya.  Seperti termaktub dalam surah baqarah ayat 172 yang membawa maksud “Wahai orang-orang yang beriman! Makan lah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah SWT, Jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.





     PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Terima kasih tak terhingga kami ucapkan terutama kepada ibu bapa kami kerana memberi sokongan kepada kami walaupun berjauhan sokongan ibu bapa tak pernah putus. Selain itu terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah subjek Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam iaitu Encik Mohd Noor Zaidi bin Mohd Zawawi kerana memberi masa yang secukupnya dan memberi maklumat yang lengkap kepada kami bagi menyiapkan tugasan ini. Disamping itu, terima kasih kepada rakan-rakan yang lain kerana banyak membantu mencari maklumat. Akhir sekali terima kasih kepada pihak institut pengajian kami iaitu Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah kerana membenarkan kami menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan.




 “MAKANAN YANG HALAL LAGI BAIK” impak nya kepada kehidupan manusia. Huraikan isu ini mengikut pandangan islam dan perspektif sains.



IMPAK POSITIF DARI SEGI PANDANGAN ISLAM

v Doa dimakbulkan dan solat khusyuk diterima Allah SWT
-Persoalan yang mungkin timbul kepada manusia ialah mengapa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW menyeru agar umat islam memilih makanan yang halaldalam kehidupan seharian. Hikmah dan kelebihannya ialah dapat membantu menusia menjalanikehidupan ssebagai hamba Allah SWT dengan lebih baik.
         
v Menepati hukum syarak
-Pemilihan makanan yang menepati hukum syarak dapat membantu pembinaan rohani dan jasmaniyang baik. Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa makanan yang halal itu dapat menambah cahaya iman danmembuat doa terkabul dan makanan yang haram akan menggelapka hati. Sebagai pengguna Muslim, berusaha untuk mencari makanan yang halal adalah satu kefardhuan sebagai criteria utama dalam membuat pilihan makanan, bukan hanya memilih makanan yang lazat lagi menarik. Makanan yang haram atau Syubhah perlu dielak, kecuali ketika darurat

v Membina sifat kepimpinan
-Kita sebagai manusia yang beragama islam sudah semestinya akan memiliki sebuah keluarga. Dengan itu dengan memilih untuk makan makanan yang halal sangat dituntut dalam islam. Jika kita memilih makanan yang halal, seorang pemimpin dalam keluarga
perlu memilih makanan yang halal bagi keluarga bagi memastikan anak-anak dan isteri tidak memakan makanan yang halal kerana makanan yang haram amat dilarang dalam agama islam. Disamping itu, keluarga juga akan bahagia, merasakan tenang dalam melaksanakan ibadat atau tanggungjawab.

v Dapat melahirkan zuriat yang insaniah
-Keluarga yang memilih makanan yang halal akan melahirkan insaniah yang berakhlak mulia (soleh&solehah) dan insaniah. Dengan adanya manusia yang berakhlak mulia agama islam akan menjadi semakin baik dan Negara akan lebih maju jika adanya manusia yang berakhlak mulia. Pemikiran insan yang berakhlak mulia ini akan jauh lebih pandai dan mudah untuk memahami pembelajaran disekolah atau di institusi pengajian. Zuriat yang insaniah ini dapat menyumbang beberapa sumber dalam pembangunan Negara.

v Makanan yang halal mudah didapati
-Makanan yang halal di Malaysia mudah, senang dan cepat untuk diperolehi. Kerana rata-rata penduduk Malaysia ialah beragama islam jadi ia tidak susah untuk mencari makanan yang halal dimana-mana. Ia tidak terlampau menyusahkan kita untuk mendapat makanan yang halal. Dengan adanya makanan yang halal, manusia beragama islam tidak aka nada alas an untuk memilih makanan yang haram.

Dalam penyembelihan haiwan dalam islam urat halkum haiwan haruslah putus.






IMPAK DARI SEGI PERSPEKTIF SAINS

v Pemakanan dapat ditakrifkan sebagai sains yang berkenaan dengan zat, khasiat dan nutrient dalam makanan. Ia merupakan kombinasi satu proses dimana organism mengambil, menghadam, menyerap,mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan.

v Aktiviti pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu mendapat faedah daripada pengambilan sesuatu makanan.  Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan dengan baik(mata, jantung, peparu dan seumpamanya0) serta membolehkan seseorang bergerak, berjalan, berlari, bekerja dan melakukan aktiviti-aktiviti lain.

v Makanan juga berfungsi dalam aktiviti pernafasan dan aliran darah bagi semua kerja otot dalam badan serta terlibat bagi proses penggantian zat dalam badan(metabolism). Selain itu, umat islam memerlukan makanan untuk tujuan beribadat kepada Allah SWT

v Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan kesihatan mannusia akan terjejas. Makanan dapat membekalkan haba dan tenaga bagi tujuan menjaga serta mengekalkan suhu badan.


Image result for makanan halal haram dalam islam


                  KESIMPULAN


“Sesungguhnya Allah memerintah orang yang mukmin dengan apa yang diperintahkan kepada para rasul dengan firmanNya “ Wahai para rasul makanlah makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh”.FirmanNya lagi “Wahai orang lagi beriman,makanlah makanan yang baik yang tidak kami beri rezeki kepada kamu”.Makanlah makanan yang baik untuk kesihatan dan tidak memudaratkan kesihatan diri.Makanan yang terhasil dari pelbagai bahan dan prosesan makanan .kita sebagai peguna dan sebagai mukmin harus memastikan makanan yang hendak dibeli haruslah menepati syariah islam.Ia untuk memastikan makanan yang kita makan adalah selamat dan tidak diragui.




RUJUKAN

Ø LAMAN SOSIAL
Ø RUJUKAN BUKU
Ø MAKLUMAT DARI RAKAN-RAKAN





 LAMPIRAN
















Tanda halal yang disahkan.




Tanda halal yang diragui.


Image result for makanan halal haram dalam islam
menggunakan alatan yang tajam ketika hendak menyembelih







khinzir yang dikacukkan dengan biri-biri dan haram dimakan sama sekali dan disentuh. 










SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


TAJUK: “MAKANAN YANG HALAL LAGI BAIK”
NAMA:NUR NABIHAH BINTI JALIL(02DEE14F2011)
            :NURUL SYAHIRA BINTI HALIDI(02DEE14F2031)
             :NUR HASYIKIEN BINTI MUSTAFA(02DEE14F2045)
NAMA PENSYARAH:ENCIK MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI


TARIKH:15/10/2015

No comments:

Post a Comment